Announcement

Collapse
No announcement yet.

Dokumen Perjalanan Kumpulan

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Dokumen Perjalanan Kumpulan

    Nak share sikit pasal Dokumen Perjalan Kumpulan bagi yang tak tahu. Kita boleh apply Dokumen Perjalan Kumpulan hanya RM200 untuk Maximum 20 org (Minimum 5 org). Jimat tu RM10 je sorang.
    Tapi hanya boleh guna sekali dan terhad kepada negara-negara ASEAN sahaja kecuali Filipina dan Indonesia.
    Selalu guna ni kalau nak travel ramai-ramai ke Thailand macam konvoi ke heheh ... Bulan ni ada Pesta Songkran di Thailand ..

    Detail Dokumen Perjalanan Kumpulan yang di kopi paste dari site Imigresen Malaysia di bawah
    Dokumen Perjalanan Kumpulan

    1. Tujuan

    Dokumen Perjalanan Kumpulan menggantikan pasport merupakan Dokumen Perjalanan yang dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia untuk perjalanan secara berkumpulan (had minima 5 hingga had maksima 20 orang) ke negara-negara ASEAN sahaja kecuali Filipina dan Indonesia. 2. Tempoh Sahlaku

    Sembilan (9) bulan dari tarikh dikeluarkan dan untuk sekali perjalanan sahaja. 3. Syarat-Syarat Am

    1. Pemohon mesti hadir
    2. Borang H (Im.101A) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
    3. 2 keping gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm
    4. MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
    5. Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun
    6. Kebenaran dari ibu/bapa bagi pemohon berumur kurang dari 18 tahun (borang IM.42A).
    4. Bayaran

    RM 200.00 bagi satu dokumen 5. Syarat Pemohonan

    Pemohonan yang berumur 18 tahun ke atas Lahir dalam negara
    • MyKad pemohon
    • Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) pemohon diperlukan.
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
    Lahir luar negara
    • MyKad pemohon
    • Dokumen perjalanan yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
    Pegawai dan anggota tentera
    • Kad Tentera
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda (berukuran 3.5 x 5 cm)
    Pegawai dan anggota polis
    • Kad Polis
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru (berukuran 3.5 x 5 cm)
    Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah Lahir dalam negara
    • MyKad pemohon
    • Sijil lahir pemohon
    • MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
    Lahir luar negara
    • Borang W/Sijil Lahir/Sijil Perakuan Taraf
    • Dokumen perjalanan yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
    • MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
    Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia
    • MyKad pemohon
    • Sijil lahir pemohon
    • Sijil kematian ibu/bapa
    • Surat Akuan sumpah penjaga anak oleh penjaga sah/surat Jabatan Kebajikan Masyarakat.
    • Kad Pengenalan penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
    Jika ibu/bapa bercerai
    • MyKad pemohon
    • Sijil lahir pemohon
    • Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak kepada ibu/bapa.
    • MyKad ibu/bapa sebagai penjaga yang sah.
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
    Jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan
    • MyKad pemohon
    • Sijil lahir pemohon
    • Surat Sumpah/surat Jabatan Kebajikan Masyarakat/ pengesahan dari Ketua Kampung/Penghulu yang mengesahkan ibu/bapa tidak dapat dikesan.
    • Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
    Jika pemohon adalah anak angkat
    • MyKad pemohon
    • Sijil anak angkat
    • Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
    Jika pemohon telah berkahwin
    • MyKad pemohon
    • Sijil nikah atau surat cerai (jika telah bercerai)
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)
    6. Senarai Pejabat Pengeluar Dokumen Perjalanan Berkumpulan (DPK)

    1. PERLIS Kangar
    Kuala Perlis
    Padang Besar
    2. KEDAH Alor Setar
    Sungai Petani
    KDN LAngkawi
    Bukit Kayu Hitam
    Kulim
    3. PULAU PINANG Seberang Jaya
    Georgetown
    4. PERAK Ipoh
    Taiping
    Teluk Intan
    Pengkalan Hulu
    Lumut
    5. PAHANG Kuantan
    Temerloh
    Raub
    Lipis
    6. SELANGOR Shah Alam
    Kelana Jaya
    Pelabuhan Klang
    Kajang
    Kuala Kubu Bharu
    7. NEGERI SEMBILAN Seremban
    Port Dickson
    8. MELAKA Melaka
    9. JOHOR Setia Tropika
    Cawangan Johor Bharu
    Batu Pahat
    Kukup
    Segamat
    Mersing
    Muar
    Kluang
    Tanjung Pengelih
    Tampoi (Pekan Rabu)
    Kulai Jaya
    10. TERENGGANU Kuala Terengganu
    Besut
    Kemaman
    Dungun
    Kerteh
    11. KELANTAN Kota Bharu
    Rantau Panjang
    Pengkalan Kubur
    RTC Kota Bharu
    12. WP KUALA LUMPUR Jalan Duta
    13. SARAWAK Kuching
    Miri
    Sibu
    Limbang
    Bintulu
    Lawas
    Sarikei
    Sri Aman
    Samarahan
    Mukah
    14. SABAH Kota Kinabalu
    Tawau
    Sandakan
    Lahad Datu
    Keningau
    Sipitang
    Kudat
    Ranau
    Sumber : http://www.imi.gov.my


  • #2
    Terima kasih atas info ni. sangat berguna

    Comment


    • #3
      Detail tu..very helpful. Tq.

      Comment


      • #4
        Originally posted by radhiahjalal View Post
        Detail tu..very helpful. Tq.
        haha kopi paste je ni ..tapi memang ramai yang tak tau ... kalau trip sekali je , untung lagi DPK ni dari renew passport

        Comment

        Working...
        X