Announcement

Collapse
No announcement yet.

Lemang oh lemang

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • RedVios
    started a topic Lemang oh lemang

    Lemang oh lemang

    Minggu ni last raya haha tapi baru nak share tips2 beli lemang...kot la ade yang mencari lemang lagi untuk saat2 akhir nk buat open house...

    Boleh la try tips ni



    1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar

    Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak 'wayang' je bakar lemang. Sesetengah orang tu, diorang kukus lemang tu kat tempat lain, dan bawak mai ke gerai diorang dan layur je kat bara api tu.

    2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil
    Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut mentah.

    3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang

    Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak.

    4. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang.

    Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis 'chemical' khas untuk mengelakkan anai-anai makan.

    5. Masa pilih lemang yang masak, ambil lemang yang bahagian atas 'kepala' dah kering

    Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lemang tu lama sikit, paling lama dalam 2 hari.

    6. Cara untuk menyimpan lemang


    Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang 'upside down' dan biar dia tegak berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi.


    7. Cara untuk mengenal pasti lemang yang dah lama dan basi

    Sebelum beli lemang, pastikan bau dahulu 'kepala' lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

    8. Hak sebagai pembeli, tapi dengan adab.

    Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Kome sebagai pembeli ada hak-hak kome semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual ya...

  • sitiii
    replied
    lemang mmg sedap, suka makan lemang. makan dgn daging wow....

    https://hubungan101.wordpress.com

    Leave a comment:


  • RedVios
    replied
    Originally posted by radhiahjalal View Post
    Ade viral lemang buang sendri la..kukus dlam tin air..zsman skang semua nak jimat, buat sendri..kdg harga tak boleh brain bile beli dan bermusim ni..musim raya labkatakan
    Dasat sangat kukus dlm tin tu...ssh2 beli je lemang segera hehehe...

    Leave a comment:


  • radhiahjalal
    replied
    Ade viral lemang buang sendri la..kukus dlam tin air..zsman skang semua nak jimat, buat sendri..kdg harga tak boleh brain bile beli dan bermusim ni..musim raya labkatakan

    Leave a comment:


  • backpacker
    replied
    wow bagus jugak tips beli lemang ni ye..aritu terkena lemang basi dan tak masak..kecik pulak tuu

    Leave a comment:

Working...
X