Announcement

Collapse
No announcement yet.

Musim Durian Datang Lagi

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Musim Durian Datang Lagi

    Click image for larger version  Name:	65088321_2277062749043532_203059100202827776_o.jpg Views:	1 Size:	152.6 KB ID:	4759

    Sapa buah favourite dia durian? hahaha rasanye kebanyakkan orang msia mmg suka durian kan...

    tapi ada segilintir kita yang tak suka durian jugak...

    tapi kalau nak tau, durian malaysia ni mmg terkenal la...mmg sedap..

    Kat sini nak share jenis2 durian tempatan yang dah ada label dan nama.



    1. Durian IOI atau Mas Hajjah Hasmah

    Anak pokok Durian IOI benih kahwin. Tinggi tidak kurang 2.5 kaki. Variati ini berasal dari Muar Johor dan didaftarkan pada 24 Mei 1989. Juga dikenali dengan nama Durian Mas Muar. Buahnya sederhana besar, bulat, kulit berwarna hijau perang, tangkai pendek dan kecil (4cm). Isinya sederhana besar, pejal berwarna kuning oren, sederhana tebal dan rasa lemak manis serta sedikit pahit.


    2. Durian Udang Merah

    Durian Udang Merah mempunyai warna isi yang cukup menarik. Durian yang ditanam di negeri Pahang dan Johor ini mempunyai isi berwarna jingga kemerahan. Selain itu, ia mempunyai tekstur yang sedikit melekit. Walaupun begitu, isinya tetap rasa manis dan sedap dimakan bersama pulut.


    3. Durian Musang King / Raja Kunyit

    Berasal dari Tanah Merah Kelantan juga dikenali dengan nama Raja Kunyit. Musang King didaftarkan pada 9hb Dis 1993.

    Asal: Kelantan, Pahang dan Johor





    4. Durian D13

    Durian D13 mempunyai warna isi yang unik iaitu berwarna oren. Kebanyakan orang yang baru mula mencuba durian menyukai durian jenis ini kerana tidak mempunyai rasa dan aroma yang berbau. Namun begitu, peminat tegar durian kurang meminati durian D13 ini kerana isinya kurang dan mempunyai biji yang besar.


    5. Durian D24

    Warna isinya ialah kuning pucat dan mempunyai rasa lemak tetapi pahit. Meskipun begitu. Ramai masih menyukai durian ini kerana isinya yang lebih tebal berbanding durian-durian yang lain.


    6. Durian 88

    D88 atau biasanya dipanggil Bangkok 8 adalah jenis durian dari Thailand. Buahnya berbentuk bujur dan sangat besar.



    7. Durian XO

    Durian XO merupakan antara durian yang terbesar antara kesepuluh-sepuluh durian yang disenaraikan. Lazimnya, durian XO ini mencapai berat sebanyak 3.3 kilogram sebiji dan dijual pada harga RM40. Durian XO ini boleh didapati di Johor, Genting dan Cameron Highlands. Durian XO menjadi kegemaran ramai walaupun rasanya agak pahit dan lembut kerana isinya yang tebal.


    8. Durian Kim Hong

    Juga dikenali sebagai Golden Phoenix (D198) antara durian yang disukai penggemar durian di Malaysia dan didaftarkan dengan Jabatan Pertanian pada tahun 2013.

    Berasal di Batu Pahat Johor milik kepada Encik Tan Sue Seng.

    Keistimewaan Durian Kim Hong / Golden Phoenix (D198) ialah mempunyai biji yang kesep (tiada biji benih) dan isi yang sangat tebal dan berwarna kuning pucat.

    Mempunyai 3 hingga 4 ulas buah sepangsa. Rasanya sangat manis, lemak dan sedikit pahit.

    Beratnya hanya 1kg hingga 2kg kerana berbuah lebat. Buahnya berbentuk bulat, sekata dan beraroma kuat.


    9. Durian Black Thorn

    Anak pokok Durian Duri Hitam (Black Thorn) atau Ochee. Ia juga di kenali dengan nama Orchi. Variati ini didaftarkan pada 15 June 2015. Buahnya bulat. Isinya berwarna oren kemerahan. Rasanya lemak, manis dan sedikit pahit. Kandungan serat di dalam isinya juga kurang. Anak benih kahwin ini akan mula mengeluarkan hasil dalam tempoh 5-7 tahun. ​​​​​​​




    ​​​​​​​

  • #2
    sejak export ke china ni meletop, harga durian pun dah mcam harga makan steak dah.

    dulu, kalau tgh musim menjadi, sebakul rm5 pun ada org tolak.

    sekarang, layan durian kampung jelah....harga terjangkau skit

    Comment


    • #3
      Sebakul durian kg rm40 ok la jugak kan...dpd durian timbang yg harga paling murah pun sebiji rm20..kene p cari dusun..baru la ok

      Comment


      • #4
        Tempat saya belom banyak lagi..dan harga masih mahal

        Comment


        • #5
          Originally posted by Jetter View Post
          sejak export ke china ni meletop, harga durian pun dah mcam harga makan steak dah.

          dulu, kalau tgh musim menjadi, sebakul rm5 pun ada org tolak.

          sekarang, layan durian kampung jelah....harga terjangkau skit
          durian kampung pun xde dah murah sgt...thn lepas boleh dapat RM6 sekilo..tu pun keluar jalan lama changkat jering...baru2 ni pegi..RM10 sekilo paling murah huhu...sedih

          Comment

          Working...
          X