Announcement

Collapse
No announcement yet.

6 maut, 200 cedera dalam himpunan bantah kemenangan Jokowi

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • 6 maut, 200 cedera dalam himpunan bantah kemenangan Jokowi

    Beberapa siri rusuhan berlaku di sekitar Jakarta awal pagi tadi, yang menurut polis Indonesia dilakukan secara terancang oleh kelompok-kelompok tertentu, yang membantah keputusan Pilihan Raya Presiden Indonesia (Pilpres 2019)

    Gabernor Jakarta, Anies Baswedan mendakwa enam orang terbunuh, manakala 200 dilaporkan cedera dalam insiden itu.

    "Setakat jam 9 pagi tadi, enam terbunuh, 200 cedera," katanya dipetik media tempatan.

    Bagaimanapun Ketua Divisyen Perhubungan Masyarakat Polis Indonesia, M Iqbal, tidak mengesahkan perkara itu, sebaliknya berkata polis masih menyiasat dakwaan itu.

    "Demonstrasi di beberapa tempat sejak lewat malam tadi sehingga awal pagi tadi, bukanlah 'demostrasi massa spontan' tetapi dilakukan oleh sekelompok kira-kira 200 orang secara terancang bagi menjejaskan ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan media hari ini.
    GLOBAL | Ketegangan berlaku selepas komisi pilihan raya mengesahkan Presiden Joko Widodo memenangi pilihan raya presiden yang diadakan bulan lalu.

  • #2
    Dah habis pilihanraya, tak setuju pulak dengan yang menang..macam2 hal kan

    Comment


    • #3
      Emmm ...rasa semua tempat pun macam ni ..ada je yang tak puas hati ...nak puaskan hati semua orang memang susahlah ...tiap orang ada kehendak hati masing-masing

      Comment

      Working...
      X