Announcement

Collapse
No announcement yet.

Pengusaha hotel, rumah tumpangan tidak berdaftar berdepan tindakan

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Pengusaha hotel, rumah tumpangan tidak berdaftar berdepan tindakan

    PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha dan penyedia perkhidmatan hotel dan rumah tumpangan yang tidak berlesen dan berdaftar, tegas Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi.



    Beliau berkata, jika siasatan mendapati premis haram terbabit benar-benar wujud, pihak berkaitan perlu menyenaraikan nama dan bilangan premis untuk diambil tindakan tegas dengan segera kerana ia melibatkan soal keselamatan orang awam yang mendiami premis terbabit.



    “Kementerian tidak mahu orang ramai khususnya pelancong tertipu dengan perkhidmatan yang mereka sediakan. Jika sesuatu yang buruk berlaku, ia tidak hanya melibatkan korban nyawa malah memberi imej buruk kepada pelancongan negara,” katanya lagi dalam kenyataan yang mengulas laporan muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini mengenai hotel tidak sah di bawah tajuk ‘Illegal Hotel Menace’.

  • #2
    Tu diaaa...hati-hati memilih..khuatir bahaya yabg tidak diundang

    Comment


    • #3
      opps...kalau homestay macam mane? airbnb kire berdaftar ke dengan kementerian pelancongan...ooohhhhh sukar ni

      Comment

      Working...
      X