Announcement

Collapse
No announcement yet.

7 Travel Blogger Melayu Yang Patut Anda Follow Hari Ini Juga

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • 7 Travel Blogger Melayu Yang Patut Anda Follow Hari Ini Juga

    Source : https://www.jomjalan.com.my


    7 Travel Blogger Melayu Yang Patut Anda Follow Hari Ini Juga


    Blogger-blogger Melayu di bawah datang dari latar belakang berbeza, tetapi berkongsi satu perkara sama.

    Mereka berkongsi dengan anda suka duka, kisah pelik, berinspirasi dan lucu semasa cuti mereka seperti yang dapat dibaca di majalah pelancongan — tanpa meminta satu sen pun bayaran dari anda.

    Kalau anda suka melancong, tapi masih belum dengar nama mereka, jenguk-jenguklah blog mereka selepas artikel ini.


    1. Cuti Maksimum, Bajet Minimum : DanArif


    dan arif

    Jika kebanyakan kita bersesak membeli tiket masuk ke tempat tarikan pelancong, Dan Arif pula lari dari kebiasaan dan berseronok melakukan aktiviti ekstrim di tempat orang sewaktu cutinya.

    Mahal? Mungkin tidak. Bijak? Sudah tentu.

    Pereka dalaman ini selalunya memaksimakan bajet beliau dengan tinggal di hostel dan kerap menggunakan kupon diskaun cuti dan aktiviti dari Groupon untuk berjimat sebanyak-banyaknya. Antara hasilnya ialah peluang melakukan SkyDiving di Queenstown, Australia dalam gambar di atas.

    Seorang yang sukakan aktiviti lasak, blog dua bahasa beliau bukan sahaja ada ulasan hotel tapi juga bagus dilawat jika anda ingin belajar cara berjimat semasa cuti ataupun melihat senarai restoran halal yang ada di luar negara.

    Kredit Gambar Featured & Bloggger : Laman Dan Arif (sayangnya tidak lagi aktif pada 2018)




    2. Siapkan Jadual Pusing Dunia : Kaki Berangan




    Ingin tahu kos sebenar bercuti di Korea, Gold Coast , Melbourne atau di mana-mana tempat lain di luar negara? Kaki Berangan, seorang travel blogger berpengalaman boleh tunjukkan anda belanjanya.

    Anda bakal melihat kos cuti beliau — dari harga tiket, kereta sewa dan bayaran untuk cenderamatanya hinggalah ke jadual waktu dan tempat akan dikunjungi sewaktu bercuti.

    Disebabkan cara tulisan beliau cukup santai, anda akan tersenyum membaca tentang kerenah imigresen, rimasnya beliau dengan hon kenderaan di Medan dan cerita membawa ikan bilis dan memasak rendang sewaktu bercuti.

    Lawat : Laman Kaki Berangan




    3. Cuti Mesti Bergaya, FidaJacob




    Siapa kata anda tak boleh bergaya sejelita Catherine Zeta Jones semasa bercuti?

    Jika anda lawati laman travel blogger wanita bernama Fida Jacob ini anda tentu malu. Beliau ternyata cukup bergaya di depan lensa — tidak kisahlah samada beliau di Turki atau Brussel, beliau persis seorang super model yang sedang berehat antara photoshoot.

    Dengan but tinggi dan tas tangan, cik mek Kelantan ini ada banyak ilmu melancong dan fesyen yang boleh anda pelajari. Bahkan jika anda ingin tahu destinasi yang pernah dan bakal beliau lawati, tengok saja ‘bucket list’ di sidebar beliau.

    Kalau anda seorang perempuan, hati-hati. Senarai negara yang pernah beliau lawati dan koleksi kasutnya bakal buat anda iri hati sepanjang hari.

    Lawat : Laman FidaJacob




    4. Dapat Tajaan Untuk Berjalan : BroFramestone




    Bro Framestone dianggap antara blogger paling berjaya di Malaysia.

    Beliau pernah ke Jakarta, Bandung dan Medan selama seminggu dengan penginapan, makan-minum dan pengangkutan ditaja penuh oleh AirAsia. Beliau juga antara blogger penting Felda Travel dan dibayar bagi mempromosi penginapan milik Felda dari Sungkai hinggalah ke Johor.

    Jadi tidak hairanlah jika blogger lain hanya dapat ke tempat tarikan popular, beliau pula dapat masuk ke hutan dengan 4WD dan menunggang kuda di ladang teh Bandung.

    Sejak berkahwin, beliau banyak menerima pelawaan untuk tajaan untuk bercuti, tapi seperti menurut beliau “.. terpaksa ditolak kerana lebih utamakan keluarga.”

    Pendek kata, inilah hasilnya jika anda sudah berjaya sebagai blogger. Bak kata orang putih, “Be so good that they can’t ignore you”.

    Lawat : Laman BroFramestone




    5. Bercerita dengan Foto: Wazari Wazir




    Apa guna bergambar semasa cuti jika semua office mate anda menguap besar bila melihatnya?

    Jika anda ingin melihat bagaimana seorang pro mengambil gambar sewaktu cuti, lawat laman Wan Wazir. Anda mungkin menghabiskan masa berjam-jam untuk melihat gambar bertaraf National Geographic beliau sambil bertanya mengapalah anda tidak mahu belajar fotografi sebelum melancong.

    Jurugambar professional ini bukan saja seorang blogger, tetapi juga wartawan foto Melayu terbaik yang pernah kami jumpa.

    Pendek kata, blog beliau wajib dituju jika anda mahu belajar merakam foto yang mampu bercerita.

    Lawat : Laman Wazari Wazir




    6. Kerja Sendiri Jadi Pembiaya Cuti: Emila Yusof




    Siapa kata anda perlu bekerja dengan gaji besar untuk melancong? Minat anda mungkin saja boleh menjadi pembiayanya.

    Emila Yusof bukan sahaja seorang ibu dan penulis, tetapi beliau bekerja sendiri sebagai pelukis kulit buku kanak-kanak dan mengunakan minat ini sebagai batu loncatan untuk beliau melawat banyak ibukota dunia.

    Berhenti kerja pada 2007 dan bekerja sendiri dengan menghasilkan lukisan-lukisan comel, blog berbahasa Inggeris Emila diisi bukan sahaja dengan lukisan tetapi juga dengan kisah kembara beliau ke seluruh dunia untuk mempromosi hasil kerja beliau.

    Cemburu? Kami pun begitu.

    Lawat : Laman Emila Yusof




    7. Umur Bukan Penghalang : DeqNoor




    Jurutera wanita muda dan masih bujang yang membahasakan dirinya sebagai Deq Noor ini memang rajin berblog. Dari pengalaman di Solo, Indonesia sampailah ke Korea, semuanya ditulis di blognya.

    Selalunya melancong sambil kerja, wanita muda berani ini menunjukkan bahawa usia dan kerja bukan halangan untuk melancong.

    Jika anda ingin belajar bagaimana beliau boleh membahagikan masanya sebagai jurutera, melancong, ber blog dan masih boleh menghadiri event2 blogger, bolehlah ke blog DeqNoor dan tanyakan beliau.

    Lawat : Laman Deq Noor




    Melancong memang seronok. Tetapi jika jadual anda padat atau duit di tabung masih belum cukup, kesemua blog di atas boleh dikunjung sebagai tempat membaca, merancang dan mengimpikan keseronokan bersiar-siar dengan jaket tebal atau kasut tinggi di tempat orang.

    Jika 20 tahun dahulu, bilangan Melayu yang mengembara boleh dikira dengan jari, kini anda ada blogger terkemuka untuk dijadikan inspirasi.

    Antara 7 travel blogger Melayu hebat di sini, blogger mana yang paling anda sukai ?

  • #2
    menarik sungguh blog2 travel ni. terima kasih atas sharing!

    Comment


    • #3
      Kalau geng ada blog sendiri nak share pun elok ..bleh memeriahkan lagi blog tu ...

      Comment


      • #4
        Menarik la..fida jacob best

        Comment


        • #5
          I nak folo Laman Broframestone..belajar cara macam mana nak dapat tajaan..

          Comment


          • #6
            Buat blog lepas tu dpat duit mmg best haha

            Comment

            Working...
            X