Announcement

Collapse
No announcement yet.

Autogate Jetty Langkawi

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Autogate Jetty Langkawi

    Bagus cita ni..

    nota untuk pelancong yang bakal mai pulau langkawi menaiki feri.

    memandangkan laki sis qeja kt jeti tu dan la ni dekat jeti feri langkawi dah pakai auto gate, sis share dekat hampa serba sedikit peraturan dan sistem baru dekat jeti supaya bila hampa nak balik nanti x kelam kabut dan terlepas feri.

    1) SIMPAN TIKET FERI masuk langkawi-bila nk balik nanti, sebelum melalui autogate, hampa akan melalui pemeriksaan kastam dulu dan kastam akan minta tiket feri masuk ke langkawi untuk setiap orang yang nak keluar. jadi tolong simpn di tempat selamat dan senang nak cari.

    2) RESIT PEMBELIAN - sekiranya hampa beli apa2 barang termasuk periuk pinggan mangkuk coklat ka apa ka, TOLONG simpan resit tersebut dan kepit sekali tiket feri supaya senang nk cari bila nak melalui kastam.

    3) PINTU KELUAR AUTOGATE- dekat jeti la ni x pakai pas2 tiket dekat krew feri teruih masuk dalam feri . semua pakai autogate dimana hampa kena scan barcode yang ada dekat tiket feri hampa. ada polis bantuan yang standby kt situ, kalau x reti atau ada sebarang masalah x boleh scan boleh minta tolong depa.

    4)BERADA DI JETI SETENGAH JAM ATAU 45 MINIT SEBELUM WAKTU FERI BERJALAN- untuk maklumat hampa, feri akan jalan ontime maksudnya kalau tiket pkul 3.30pm, feri berjalan 3.30pm (melainkan ada sebarang delay dan masalah). Selalunya akan ada calling announcement 15 minit sebelum feri berjalan. dekat sini sis nk tekankan tolong sampai awal sebab nanti hampa kena beratuq sangat panjang 1 line sahaja untuk melepasi kastam. kat situ akan ambil masa lama. jadi kalau hampa lambat, memang kena tinggai feri la jawabnya. Hampa x boleh salahkan jabatan laut atau kastam sebab ada beribu lagi penumpang lain dengan ragam masing2 yang depa kena layan. jadi lebih baik hampa standby supaya masalah x mai dekat hampa.

    5) TEMPAT DUDUK - kalau dulu hampa mai jeti terus masuk dalam boleh duduk dekat ruang menunggu tu ada kerusi banyak kan. La ni dekat luar xdak kerusi. maksudnya hampa kena beratuq, check kastam, scan autogate bru hampa sampai dekat ruang menunggu. so kalau hampa mai lambat x larat tunggu terpaksa la duduk belah luaq atas lantai sementara nak beratur. so kalau hampa takmau beratur lama2 terutamanya ada makcik pakcik tang sakit lutut tak boleh bediri lama2, tolong mai awal supaya boleh masuk dalam ruang menunggu cepat.

    6) SISTEM AIRPORT - ok senang cerita mcamni la, dekat jeti langkawi la ni pakai sistem macam dekat airport. selalu nak naik flight hampa kena check in 2 3 jam sebelum flight berlepas kan. sama macam jeti langkawi jugak. kena beratur untuk melalui kastam, kemudian beratur untuk melalui autogate, kemudian beratur untuk masuk dalam feri. Untuk bagasi atau troli, ada gate sebelah autogate tu tapi hanya Jabatan Laut ja yang akan buka tutup gate tu manually. Jadi minta tolong Polis Bantuan yang standby kat situ.

    7) TERLEPAS FERI -sekiranya hampa terlepas feri, hampa kena beli tiket yang baru untuk next feri sebab la ni terlalu ramai orang mai bercuti kat langkawi jadi feri memang sentiasa full xdak ruang nak bagi hampa tumpang feri macam dulu.Kalau takmau rugi, tolong mai awal.

    Rasanya setakat ni ja maklumat penting yang hampa kena sebarkan dekat orang yang nak mai langkawi ni supaya x kelam kabut nanti.

    sis share sebab tadi ada jugak beberapa family yang terlepas feri gara2 x simpan tiket feri masuk langkawi.

    *sis izinkan share, tak perlu minta izin
    nota untuk pelancong yang bakal mai pulau langkawi menaiki feri. memandangkan laki sis qeja kt jeti tu dan la ni dekat jeti feri langkawi dah pakai auto...

  • #2
    info yg berguna terutama time cuti sekolah ni, ramai sungguh umat manusia.

    Comment

    Working...
    X