Announcement

Collapse
No announcement yet.

14 Aktiviti di Tempat Menarik Di Malaysia – Tapi Macam Overseas

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • 14 Aktiviti di Tempat Menarik Di Malaysia – Tapi Macam Overseas


    Kalau setakat nak ambil feel overseas, kat Malaysia pun boleh.


    Jom tengok satu-satu.
    1. Selfie Sakan – Macam Di Bolivia

    Tempat ini macam di Bolivia — Salar de Uyuni. Bila tangkap gambar, dah tak nampak mana langit, mana bumi.

    Kredit :www.sini.com.my

    Tempatnya? Dekat dengan Kuala Selangor, 1 jam dari KL.

    Specialnya tempat ini sebab scene macam kat atas cuma ada 5 hari sebulan.

    Nak ke sini, kena naik bot. Sebab ini bukan tepi laut. Orang sini panggil scene aneh ini Mirror In The Sky.

    Kredit :www.facebook.com

    Trip ke sini selalu penuh, sebab fenomena ini bukan hari-hari ada. Lokasi : Sasaran, Kuala Selangor
    Kos : RM 75 (15 orang ke atas) JIMAT 12%
    sky mirror
    Tour
    Sasaran Sky Mirror Tour
    Harga asal RM 75. Dengan diskaun, hanya RM 60
    LIHAT TIKET
    Valid until August 5, 2019 2. Tenangkan Jiwa – Macam Di Taman Jepun


    Kredit :chillout-soulout-freakout.blogspot.my

    Ada beberapa tempat menarik di Malaysia yang pemandangannya macam di Jepun. Ada yang bermusim, ada yang sepanjang tahun.

    Tapi kalau yang sentiasa macam di Jepun, kena pergi ke Colmare Tropicale.


    Sewa Kimono, lepas tu bergambar puas-puas.

    Perut lapar? Makan sushi. Badan letih? Rasa urut gaya Jepun kat Tatami Spa. Lokasi : Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
    Kos : RM 60 seorg
    Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare.
    Kalau setakat pemandangan macam di Jepun, tunggu musim bunga Sakura.

    Merata view pink ada di Malaysia – Penang & Parit Buntar, Kemaman & Alor Setar antara tempat yang famous.

    Kredit :mauhorng.com

    Bezanya kita ada lembuuuu ….

    Kredit :mauhorng.com Lokasi : Parit Buntar, Kemaman, Alor Star dll
    Kos : Percuma 3. Layan Hidup Kublai Khan – Macam Di Monggolia



    Nak merasa tidur dalam rumah orang Monggol? Datang ke Kundasang.

    Tempat ini sejuk ya amat (17 darjah Celcius). Sesuai sangat kalau hangpa mahu ke Sydney tapi bajet cuma ke cukup ke Sabah.

    Kredit :angugulife.com

    Satu yurt boleh muat 4 orang. Tapi tak sesuai untuk keluarga atau honeymoon ya?

    Sebab memasak sendiri. Yurt pun mungkin berbau sebab cuaca sejuk tapi lembab.

    Aihh .. kata nak rasa jadi Monggol kejap? Lokasi : Kundasang, Sabah
    Kos : RM 300 satu yurt
    Cara Ke Sini : Tempah di MrSabah 4. Kagum Tengok Rumah A Shape (Macam Di Australia)

    Nak tengok orang surfing di Bondi Beach, Sydney sambil makan fish and chips tepi laut?

    Maaf. Malaysia belum ada tarikan tahap begitu. Tapi kalau setakat rumah homestay gaya rumah pantai Australia, boleh lah ke tempat menarik Melaka ini.

    Kredit :www.facebook.com

    Ini Masbro Paya Rumput. Satu rumah boleh muat sampai 6 orang.



    Rumah dalam kawasan berpagar. Siap dengan microwave, air-cond dan peti sejuk.

    Nak mandi ada swimming pool.
    Lokasi : Paya Rumput, Melaka
    Kos : RM 280 sebuah rumah
    Cara Ke Sini : Tempah di Masbro Village
    Apa? Melaka panas?

    Kalau nak rasa lebih sejuk, datang yang di Sabah ini.

    Kredit :www.panoramio.com

    Tapi ini untuk yang suka adventure. Sebab ini tempat camping. Sejuk nya? Adohai tak perlu cerita lah bila pagi-pagi.

    Cuma harganya… batuk! batuk! Lokasi :Mount Kinabalu Training Camp, Sabah
    Kos : RM 680++
    Cara Ke Sini: Tempah di Airbnb 5. Jimat Duit Pi Pulau Gojes (Macam Di Maldives)

    Ramai isteri yang buat suami pecah hati sebab asyik cakap — bila lah kita nak pi Maldives bang?

    Adek sayang, kalau setakat suasana laut macam Maldives, ada kat Malaysia.

    Banyak pulau Malaysia yang airnya jernih sampai nampak dasar laut – macam Maldives. Tioman, Langkawi, Semporna. Aiseh, banyak lagi sebenarnya.

    Jadi kita ambil contoh sikit saja.

    Kredit :www.facebook.com

    Yang di atas, view Japamala Resort, Tioman. Dalam negeri Pahang ni.

    Ingat Pahang asyik Cameron sahaja ye?

    Lokasi : Japamala Resort, Pulau Tioman, Pahang
    Kos : Dari RM 750++ sebilik
    Cara Ke Sini: Naik bot dari Jeti Mersing, Johor
    Kalau Terengganu, ada Pulau Redang.



    Dah kat sini, buat apa lagi? Menyelam lah.

    Lokasi : Laguna Redang Resort, Pulau Redang, Terengganu
    Kos : Dari RM 700++ sebilik
    Cara Ke Sini: Naik bot dari Jeti Syahbandar, Kuala Terenggganu.
    Kalau Sabah, jangan cakaplah. Banyak pulau dan pantai yang menganga kita tengok. Sebab airnya aduhai mempesona sungguh.

    Jadi kita ambil sikit saja contoh kawasan Sabah yang macam Maldives — Bohey Dulang.

    Kredit :www.beritabaru.info

    Pulau Bohey Dulang ini tak ada resort. Cuma orang datang untuk tengok pemandangan yang macam kat bawah ni …

    Kredit :www.borneoholidays.com.my

    Nak ke sini, kena cergas sebab nak daki bukit. Dan kos pun tak murah. Tapi pemandangan memang lumayan. Lokasi : Pulau Bohey Dulang, Sabah
    Kos : RM 600++ satu bot
    Cara Ke Sini: Ambil bot di jeti Sempoerna.


    6. Rasa Makan Scones Sambil Cakap Sejuknya – Macam Di England

    Tarikan di Malaysia yang macam England pun banyak juga. Cuma salji tak ada. Tapi kalau setakat nak rasa feel kat sana tu boleh sangat.

    Ini 2 contoh tempat menarik kat Malaysia yang nampak macam di England.


    Dan yang kat bawah .

    Orang kata hotel ini yang terbaik di Lembah Bertam …


    Tak mampu tidur di sini, minum petang sahajalah ya? Lokasi : 30th Mile Ringlet, Bertam Valley, Cameron Highlands
    Kos : RM 78 untuk minum petang
    Cara Ke Sini : Tempah di Lakehouse
    Nak lebih class? Satu lagi hotel gaya British di Cameron. Tapi ini jauh lebih mewah sebab di bawah YTL.


    Ada yang nak piknik? Atau ambil tour teroka Cameron?

    Lokasi : Tanah Rata, Cameron Highlands
    Kos : RM 500
    Cara Ke Sini : Tempah bilik di Cameron Highlands Resort
    Cukup je dua. Walaupun sebenarnya ada banyak lagi yang gaya macam di England. 7. Menangis Tengok Gunung Hijau – Macam Di New Zealand


    Kredit :www.thegoodsonjourney.com

    Tu – brader tu kat Malaysia tau. Bukan New Zealand.

    Sebab sama macam England, banyak tempat tarikan Malaysia yang macam di New Zealand.

    Kalau nak bergambar macam dalam iklan Fern Leaf memang perkara enteng!

    Kredit :www.facebook.com

    Tempat ini bukan sahaja ada lembu-lembu susu macam di New Zealand, tapi siap dengan pemandangan gunung dan kabus.

    Bila perut sudah lapar, boleh minum susu lembu segar atau beli aiskrim kat sini. Terbaek dari ladang. Lokasi : Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah
    Kos : RM 5
    Cara datang: Contact FB Desa Dairy Farm
    Yang di atas itu ladang.

    Yang ini pula kawasan Kampung Himbaan, Bundu Tuhan, Ranau Sabah — Hounon Ridge Farmstay & Camping yang sangatlah femes.

    Kredit :theruka.com

    Duduk minum teh petang-petang.

    Kredit :www.facebook.com Lokasi : Hounon Ridge Farmstay & Camping, Kg. Himbaan, Bundu Tuhan, 89308 Ranau, Sabah
    Kos : RM 160++ (rumah utk 4 orang)
    Cara datang: Contact FB Hounon Ridge
    Ada yang hampir sama kat Kluang, Johor.

    Cuma tak berkabus. Dan gunung tak sehebat di Sabah.


    Dan bukan lembu New Zealand. Tapi kambing.

    Kredit :www.facebook.com Lokasi : Plot 8, Projek Pertanian Moden Kluang, KM13, Jalan Batu Pahat
    Kluang
    Kos : RM 48 seorang (tour 3 jam)
    Cara datang: Contact Laman UK Agro Resort 8. Rasa Demam Kpop – Macam Di Korea

    Dulu demam Winter Sonata. Lepas tu demam Running Man.

    Sekarang demam sebab selalu makan meggi saja sebab menabung nak pergi ke Korea.

    Tak mampu tak mengapa. Jom cuti-cuti Malaysia kat tempat ini.

    Kredit :adibfoto.blogspot.my

    Kata orang macam di Manami Island.

    Kredit :adibfoto.blogspot.my

    Sayangnya yang datang, perangai tak macam orang Korea. Tapi macam orang Malaysia.

    Akibatnya, sampah dah mula bersepah. Lokasi : Taman pokok Rhu di Pantai Senok, Tawang, Bachok, Kelantan
    Kos : Percuma 9. Minum Kopi, Layan Bangunan Cantik – Macam Di Perancis

    Bandar seperti pekan Perancis ini lebih bersih. Sebab tempat ini kepunyaan Kumpulan Berjaya.

    Namanya Colmar Tropicale.

    Kredit :www.flickr.com

    Cuaca lebih sejuk dari di KL. Jadi, ada sikit rasa macam di Perancis.

    Kredit :www.flickr.com

    Siap dengan clown busking kat tengah jalan.

    Kredit :www.flickr.com

    Bila sudah ke sini, pakai baju sejuk. Lepas tu lilit shawl.

    Kredit :aldevaran.wordpress.com

    Macam brader sorang ni. Lokasi : Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
    Kos : RM 60 seorg
    Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare. 10. Buka Puasa Kat Kafe Mewah Perancis


    Ini tempat makan buat korang yang nak merasa jadi raja Eropah zaman dulu-dulu.

    Tengok kiri emas, tengok kanan emas emas, tengok toilet pun emas. Ye! Tak tipu.

    Kalau setakat nak berbuka puasa, nak lunch, no problemo.

    Kopi Belgium ada, pasta ada, steak ada. Tapi kalau tekak masih tekak orang Melayu, boleh order nasik (dari RM 26) Lokasi : Cafe Ame Soeur, 20, Jalil Link Block 2, Jalan Jalil Jaya 2, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
    Cara Ke Sini: Naik Grab dari LRT Bukit Jalil 11. Tidur Dalam Teepees – Macam Di Amerika

    Tempat menarik di Port Dickson ini macam Amerika — zaman koboi lawan Red Indian.

    Kredit :hepymoments.blogspot.my

    Nak merasa tidur dalam khemah Red Indian boleh. Nak naik kuda boleh.

    Siapa yang dah ke sini angkat tangan! Lokasi : Eagle Ranch Resort, Port Dickson
    Kos : RM 150 ++
    Cara Ke Sini: Tempah dengan Eagle Ranch Resort 12. Feel Amerika Kat Kampar

    Kalau setakat nak bergambar macam oversea, kat kawasan perumahan pun boleh dik.



    Tak caya? Pi Kampar, Perak.

    KreditFaiq Hanafi

    Tu brader tu kat Disney Avenue. Kawasannya kecil dan tak ada banyak benda nak dibuat. Tapi setakat nak menyakat kawan dengan selfie glamer, boleh aje.

    Patut tahun 2017 dah ada istana ala Disneyland kat sini. Kalau nak tau dah siap belum, boleh la pi terjah. Lokasi : Disney Avenue, Kampar, Perak
    Kos : Free 13. Langut Tengok Kurma – Macam Di Dubai


    Kredit :panoramio.com

    Kali ini kita pergi ke destinasi macam di Timur Tengah. Sebab siap ada pokok kurma yang segar bugar.

    Ini Masjid Al-Bukhari di Alor Setar, sumbangan dari Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.

    Kredit :bigdogdotcom.wordpress.com

    Bila dah datang, jangan selfie saja. Masuk solat ye? Lokasi : Masjid Albukhary, Jalan Langgar, 05460, Alor Setar Kedah
    Kos : Percuma


    14. Nganga Tengok Air – Macam Di Kemboja

    Kita tutup senarai ini dengan tarikan yang out of this world yang selalunya ada di Kemboja. Dan beberapa tempat istimewa lain di dunia.

    Tapi jarang nampak di Malaysia — ombak laut jadi biru.

    Kredit :kaki.sini.com.my

    Pemandangan ini ada terjadi di Pulau Sembilan, Pangkor, Perak.

    Ada juga di Pantai Trusan Miri, Sarawak. Dan dengar cerita, ada juga kata selain Trusan, fenomena air laut membiru bila malam ada kat pantai lain di Miri.



    Efek ini jadi bila malam. Kata orang, sebab plankton.



    Source: https://www.jomjalan.com.my/tempat-m...acam-overseas/

  • #2
    fuh..memang takjub kan?...cuti2 dalam Malaysia je pun tak abis lagi..hehe.

    Comment


    • #3
      Menarik sungguh post ni. Pulau sembilan pangkor tu nampak scary. Mmg patut la kita ni cuti2 d Malaysia. Apa2 pun sesiapa mau dtg kat sabah boleh try contact 0165521652.. ada package budget utk tour di sna.
      Last edited by CCSHIS; 28-08-19, 01:49 PM.

      Comment

      Working...
      X